Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
AJK PIBG Serasme mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat bercuti kepada seluruh warga Serasme. Di bulan yang mulia ini juga AJK PIBG Serasme mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami memegang tampuk pentadbiran PIBG Serasme. Kepada warga pendidik dan anak didik Serasme kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti. Semoga bulan yang mulia ini akan memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala cabaran. Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSRA 2009, jadikanlah cuti ini sebagai peluang untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran. AJK PIBG mendoakan semoga anak-anak Serasme yang bakal menduduki peperiksaan PSRA agar memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jadikan kejayaan anda sebagai hadiah paling berharga untuk ibu bapa, guru-guru dan sekolah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment