Tuesday, September 7, 2010

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat
Tazkirah Oleh: mat_sempoi

"Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Di sini ingin ana kongsikan sebuah tazkirah ramadhan yang telah disampai oleh seorang Ustaz di Masjid kampung ana, yang ana rasa agak menarik dan bersesuaian dengan sambutan aidilfitri (insya'ALLAH) pada tahun ini. Ana pasti, ramai yang sudah mengetahui akan hukum-hakam perkara yang ingin ana kongsikan ini, tetapi insya'ALLAH ianya dapat membantu mereka yang masih belum mengetahuinya, iaitu apakah hukumnya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) yang jatuh pada hari Jumaat. Adakah WAJIB kita mengerjakan Sholat Jumaat pada hari tersebut atau tidak, setelah menunaikan sholat Aidilfitri pada hari tersebut?

Berikut adalah FATWA-FATWA yang telah diputuskan oleh beberapa Mazhab/Imam mengenai perkara tersebut.

Imam Syafie: Gugur kewajiban sholat Jumaat, setelah menunaikan Sholat Aidilfitri.


Imam Malik: Wajib menunaikan kedua-duanya.


Imam Ahmad: Gugur kewajiban sholat Jumaat, sekirannya sholat Aidilfitri ditunaikan. TETAPI imam perlu mendirikan sholat Jumaat supaya yang ingin hadir Jumaat dapat melaksanakannya.


Imam ibnu Tamiyyah: Gugur kewajiban sholat Jumaat dan Zohor, sekiranya sholat Aidilfitri ditunaikan.


Imam Hambali, dan kebanyakkan Imam-Imam: Wajib menunaikan sholat Zohor, sekiranya sholat Jumaat digugurkan.


Kesimpulan:


1) Majoriti mengatakan Sholat Jumaat tersebut TIDAK WAJIB dilakukan sekiranya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) telah dilakukan pada hari tersebut, TETAPI ianya adalah WAJIB bagi lelaki Muslim yang bermaustautin dan ahli Qariyah setempat tersebut. TETAPI adalah menjadi keWAJIBan untuk menunai sholat Zohor sekiranya tidak menunaikan sholat Jumaat. Seperti yang diketahui, sholat Jumaat adalah tidak wajib bagi beberapa golongan, iaitu kaum wanita, lelaki bermusafir, hamba dan lelaki yang uzur sya'rie.

2) Perbezaan Pandangan atau Pendapat dan juga MAZHAB/Imam didalam Islam bukannya masalah, TETAPI ianya adalah satu RAHMAT


Tambahan:Adab-adab sholat Aidilfitri (atau Aidiladha)


1. Disunatkan makan sedikit terlebih dahulu sebelum sholat Aidilfitri (sholat Aidiladha sebaliknya).


Rujukan:


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat

http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/

http://muslim06.blogspot.com/2009/12/solat-zohor-tidak-wajib.html

http://al-fikrah.net/News/print/sid=175.html"
 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC



Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM UPSRA

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

AJK PIBG Serasme mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Serasme. Cuti yang panjang ini disekalikan pula dengan sambutan Aidilfitri diharap dapat memberi kegembiraan dan kelegaan kepada semua warga Serasme dan ibu bapa yang telah merancang untuk bercuti panjang untuk beraya di kampung. Kami mengharapkan agar perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi oleh Allah SWT. Berhati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat sebelum berada di atas jalanraya. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK PIBG sekolah.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuh UPSRA selepas cuti perayaan ini, AJK PIBG mendoakan agar anak-anak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jika pada tahun 2009, hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat Mumtaz, insyaallah kami mengharapkan agar keputusan pada tahun ini akan lebih cemerlang lagi. Walaupun anak-anak berada dalam suasana Aidilfitri, itu bukan bererti pelajaran dikesampingkan. Bersederhanalah di dalam suasana hari raya ini dan pastikan pelajaran diutamakan kerana usaha itu tangga kejayaan.

AJK PIBG Serasme
2 September 2010
 

T