Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM UPSRA

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

AJK PIBG Serasme mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Serasme. Cuti yang panjang ini disekalikan pula dengan sambutan Aidilfitri diharap dapat memberi kegembiraan dan kelegaan kepada semua warga Serasme dan ibu bapa yang telah merancang untuk bercuti panjang untuk beraya di kampung. Kami mengharapkan agar perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi oleh Allah SWT. Berhati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat sebelum berada di atas jalanraya. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK PIBG sekolah.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuh UPSRA selepas cuti perayaan ini, AJK PIBG mendoakan agar anak-anak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jika pada tahun 2009, hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat Mumtaz, insyaallah kami mengharapkan agar keputusan pada tahun ini akan lebih cemerlang lagi. Walaupun anak-anak berada dalam suasana Aidilfitri, itu bukan bererti pelajaran dikesampingkan. Bersederhanalah di dalam suasana hari raya ini dan pastikan pelajaran diutamakan kerana usaha itu tangga kejayaan.

AJK PIBG Serasme
2 September 2010
 

T



No comments:

Post a Comment