Friday, November 20, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSRA Peringkat Daerah Sepang dan Selamat Bercuti Serta Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Salam sejahtera.
 
Pada hari ini 20 November 2009 jam 2.00 ptg akan berlangsungnya HAK  UPSRA 2009 di masjid Salak Tinggi Sepang anjuran JAIS. Murid yang berjaya di bidang akademik akan menerima anugerah atas pencapaian cemerlang mereka. Untuk Serasme, seramai 5 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang Mumtaz. PIBG Semerbak mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik ini merupakan permulaan kepada satu pengalaman berguna untuk lebih maju ke hadapan. Pepatah ada mengatakan "melakukan kesilapan itu bukanlah satu kegagalan, tetapi tidak belajar daripada kesilapan memang merupakan kegagalan." Oleh itu anak-anak Serasme yang kurang bernasib, masa masih panjang. Jadikanlah apa yang berlaku pada hari ini sebagai iktibar untuk lebih berjaya di masa hadapan.
 
PIBG Serasme juga mengucapkan selamat  bercuti kepada guru-guru dan anak didik Serasme.  Kepada yang bakal menempuh UPSRA pada tahun 2010, jadikanlah percutian kali ini lebih kepada percutian ilmu dan fokus kepada peperiksaan. Semoga masa yang panjang ini akan memberikan anak-anak peluang untuk merenung apakah target anda untuk UPSRA 2010.
Kepada ibu bapa yang bercadang untuk balik ke kampung sempena cuti sekolah dan menyambut Hari Raya Aidiladha, PIBG Serasme mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan mendaokan semoga Allah melindungi perjalanan anda sekeluarga. Semoga selamat pergi dan selamat pulang.
 
"Berguru kepalang ajar
       Dapat Rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
       Bagai bunga kembang tak jadi"
 
Terima Kasih.
 
AJK PIBG Serasme
20/11/2009


No comments:

Post a Comment