Friday, November 12, 2010

Fw:


MANDI WAJIB~SEBARKAN..


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

 

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

 

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

 

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

 

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

 

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

 

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

 

 

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

 

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Wassalam.

 

 

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…" Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain…

 


Tuesday, September 7, 2010

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat
Tazkirah Oleh: mat_sempoi

"Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Di sini ingin ana kongsikan sebuah tazkirah ramadhan yang telah disampai oleh seorang Ustaz di Masjid kampung ana, yang ana rasa agak menarik dan bersesuaian dengan sambutan aidilfitri (insya'ALLAH) pada tahun ini. Ana pasti, ramai yang sudah mengetahui akan hukum-hakam perkara yang ingin ana kongsikan ini, tetapi insya'ALLAH ianya dapat membantu mereka yang masih belum mengetahuinya, iaitu apakah hukumnya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) yang jatuh pada hari Jumaat. Adakah WAJIB kita mengerjakan Sholat Jumaat pada hari tersebut atau tidak, setelah menunaikan sholat Aidilfitri pada hari tersebut?

Berikut adalah FATWA-FATWA yang telah diputuskan oleh beberapa Mazhab/Imam mengenai perkara tersebut.

Imam Syafie: Gugur kewajiban sholat Jumaat, setelah menunaikan Sholat Aidilfitri.


Imam Malik: Wajib menunaikan kedua-duanya.


Imam Ahmad: Gugur kewajiban sholat Jumaat, sekirannya sholat Aidilfitri ditunaikan. TETAPI imam perlu mendirikan sholat Jumaat supaya yang ingin hadir Jumaat dapat melaksanakannya.


Imam ibnu Tamiyyah: Gugur kewajiban sholat Jumaat dan Zohor, sekiranya sholat Aidilfitri ditunaikan.


Imam Hambali, dan kebanyakkan Imam-Imam: Wajib menunaikan sholat Zohor, sekiranya sholat Jumaat digugurkan.


Kesimpulan:


1) Majoriti mengatakan Sholat Jumaat tersebut TIDAK WAJIB dilakukan sekiranya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) telah dilakukan pada hari tersebut, TETAPI ianya adalah WAJIB bagi lelaki Muslim yang bermaustautin dan ahli Qariyah setempat tersebut. TETAPI adalah menjadi keWAJIBan untuk menunai sholat Zohor sekiranya tidak menunaikan sholat Jumaat. Seperti yang diketahui, sholat Jumaat adalah tidak wajib bagi beberapa golongan, iaitu kaum wanita, lelaki bermusafir, hamba dan lelaki yang uzur sya'rie.

2) Perbezaan Pandangan atau Pendapat dan juga MAZHAB/Imam didalam Islam bukannya masalah, TETAPI ianya adalah satu RAHMAT


Tambahan:Adab-adab sholat Aidilfitri (atau Aidiladha)


1. Disunatkan makan sedikit terlebih dahulu sebelum sholat Aidilfitri (sholat Aidiladha sebaliknya).


Rujukan:


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat

http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/

http://muslim06.blogspot.com/2009/12/solat-zohor-tidak-wajib.html

http://al-fikrah.net/News/print/sid=175.html"
 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC



Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM UPSRA

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

AJK PIBG Serasme mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Serasme. Cuti yang panjang ini disekalikan pula dengan sambutan Aidilfitri diharap dapat memberi kegembiraan dan kelegaan kepada semua warga Serasme dan ibu bapa yang telah merancang untuk bercuti panjang untuk beraya di kampung. Kami mengharapkan agar perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi oleh Allah SWT. Berhati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat sebelum berada di atas jalanraya. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK PIBG sekolah.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuh UPSRA selepas cuti perayaan ini, AJK PIBG mendoakan agar anak-anak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jika pada tahun 2009, hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat Mumtaz, insyaallah kami mengharapkan agar keputusan pada tahun ini akan lebih cemerlang lagi. Walaupun anak-anak berada dalam suasana Aidilfitri, itu bukan bererti pelajaran dikesampingkan. Bersederhanalah di dalam suasana hari raya ini dan pastikan pelajaran diutamakan kerana usaha itu tangga kejayaan.

AJK PIBG Serasme
2 September 2010
 

T



Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagi pihak AJK PIBG Serasme, di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa ini mampu mendidik kita untuk menjadi insan yang tabah dan istiqamah dalam perjuangan terutamanya kepada adik-adik yang bakal menempuh peperiksaan UPSRA 2010 nanti. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AJK PIBG Serasme juga ingin memohon ampun dan maaf, zahir mahupun bathin kepada semua warga Serasme terutama kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
 
Jazakallah Khairan Kathira.

AJK PIBG Serasme
29 Sya'ban 1431H
10 Ogos 2010
 


Monday, July 26, 2010

Orang Miskin Yang Mendirikan Masjid

Oleh: blalang

"PhotobucketDi bawah ini adalah kisah benar utk dikongsikan,

Bentuknya memang sederhana, namun jemaah datang dari seluruh pelusuk kampung sebelum waktu solat masuk lagi.



Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu "Shanke Yadem" (Anggap Saja Sudah Makan). Pelik kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Jika berasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya " Shanke Yadem" .

Kemudian, apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tabung)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali setakat menjaga keperluan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Macam Masjid Nabawi iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madina yang didirikan dari pohon kurma sahaja..

Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berhasil dia menjadikan ia realiti. Mereka tidak menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri, Mereka bertanya bagaimana cerita seorang yang miskin boleh membangun kan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: "Shanke yadem" (Angap Saja Saya Sudah Makan).

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki rezeki lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, hosital dan fasiliti hidup lainnya yang dapat dibangunkan? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Jemaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih.

Photobucket

Kalaulah kaum Muslimin sekarang ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumahku syurgaku di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.

Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkatn yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A'raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!

Note : Dari buku "Keajaiban Sejarah Ustmani", oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali.

 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC



Fw: Malam Nisfu Sya'aban 1431H

Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman...sekadar ingat & mengingatkan.. Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1 . Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
   Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
   Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
   Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam
Selasa)
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
   pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:
1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.

  




Thursday, July 22, 2010

Menyentuh Hati





 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC